~satu garisan _________________

Dengan kapur putih

gariskan satu garisan halus

membentangi di atas muka datar hitam

Kini aku di kiri dan melihat kanan

nyata ini adalah dasar yang sama

cuma dibezakan sini dan sana

Dibelengu dengan niat

namun kaki berdiri tetap

Garis itu jelas

hanya selangkah kaki

akan membezakan kedudukan

Di sini aku bukan siapa-siapa

akan menjadi sesuatukah jika aku ke sana

Mendekati garisan itu

dengan hujung kaki

memadam jejak garisan kapur

dari satu titik ke hujung

Kini tiada sini dan sana lagi

Tak perlu membuat pilihan

Comments

  1. duduk diam2.
    supaya kiri dan kanan pegi~

    ReplyDelete
  2. ....kamu memilih untuk tidak memilih tapi kakimu masih disitu sedang hatimu sudah melepasinya.
    Garisan teramat halus itu.. sebagaimana mimpi manusia kecil yg meraba2 nasib penghujung hidup, kematian atau sebaliknya. Tawakallah.

    salam lavender * aku menulis namamu di awan, senyumlah jika bertemunya.

    ReplyDelete
  3. salam..ccz tak nampak boleh baca simbol2 ni..tentang apa ye?

    ReplyDelete
  4. setelah apa yang dipilih tidak bermakna kita tidak blh untuk memilih lagi

    ReplyDelete
  5. semoga garisan itu lurus
    tiada yang terputus2...

    ReplyDelete
  6. Garis itu cuma satu titik jika dilihat dari hujungnya
    Dia tetap cuma satu titik jika garis tegang lurusnya
    Cuba sahaja badannya terusik sini terganggu sana
    Berlegar kelok berleding bengkoklah ia
    Maka tidak pastilah kita apa gambaran yang masih dipertahan
    Garis itu pun sudah tidak pasti rupa dan bentuk masih dapat dipertahan
    Maka cuba cubalah jangan terikat pada gambaran semasa
    kerana esok belum pasti bisa masih kekal begitu
    seperti semalam yang tidak pernah menggambarkan rupa dan bentuknya kini.
    Maka cuba cubalah mengelak dari cuba cuba mengacau garis indah yang lurus itu.
    Semuga odor lavender itu melekat pada bajuku agar bisa kubawa ia kemana mana.

    ReplyDelete
  7. Tk atas kunjungan balas mu.
    Pantas sekali tindakan itu.
    Saling berkunjunganlah kita.
    Semuga damai terkutip dimaya.

    ReplyDelete
  8. berpeganglah pada satu garisan lurus
    tulus dan mulus
    tanpa berbengkang bengkok
    yang mungkin penghujungnya adalah penyesalan...

    ReplyDelete
  9. Selagi garis itu masih tetap lurus
    hujungnya tetap satu titik cuma.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts