~satu garisan _________________
Dengan kapur putih
gariskan satu garisan halus
membentangi di atas muka datar hitam
Kini aku di kiri dan melihat kanan
nyata ini adalah dasar yang sama
cuma dibezakan sini dan sana
Dibelengu dengan niat
namun kaki berdiri tetap
Garis itu jelas
hanya selangkah kaki
akan membezakan kedudukan
Di sini aku bukan siapa-siapa
akan menjadi sesuatukah jika aku ke sana
Mendekati garisan itu
dengan hujung kaki
memadam jejak garisan kapur
dari satu titik ke hujung
Kini tiada sini dan sana lagi
Tak perlu membuat pilihan
duduk diam2.
ReplyDeletesupaya kiri dan kanan pegi~
....kamu memilih untuk tidak memilih tapi kakimu masih disitu sedang hatimu sudah melepasinya.
ReplyDeleteGarisan teramat halus itu.. sebagaimana mimpi manusia kecil yg meraba2 nasib penghujung hidup, kematian atau sebaliknya. Tawakallah.
salam lavender * aku menulis namamu di awan, senyumlah jika bertemunya.
salam..ccz tak nampak boleh baca simbol2 ni..tentang apa ye?
ReplyDeletesetelah apa yang dipilih tidak bermakna kita tidak blh untuk memilih lagi
ReplyDeletesemoga garisan itu lurus
ReplyDeletetiada yang terputus2...
Garis itu cuma satu titik jika dilihat dari hujungnya
ReplyDeleteDia tetap cuma satu titik jika garis tegang lurusnya
Cuba sahaja badannya terusik sini terganggu sana
Berlegar kelok berleding bengkoklah ia
Maka tidak pastilah kita apa gambaran yang masih dipertahan
Garis itu pun sudah tidak pasti rupa dan bentuk masih dapat dipertahan
Maka cuba cubalah jangan terikat pada gambaran semasa
kerana esok belum pasti bisa masih kekal begitu
seperti semalam yang tidak pernah menggambarkan rupa dan bentuknya kini.
Maka cuba cubalah mengelak dari cuba cuba mengacau garis indah yang lurus itu.
Semuga odor lavender itu melekat pada bajuku agar bisa kubawa ia kemana mana.
Tk atas kunjungan balas mu.
ReplyDeletePantas sekali tindakan itu.
Saling berkunjunganlah kita.
Semuga damai terkutip dimaya.
berpeganglah pada satu garisan lurus
ReplyDeletetulus dan mulus
tanpa berbengkang bengkok
yang mungkin penghujungnya adalah penyesalan...
Selagi garis itu masih tetap lurus
ReplyDeletehujungnya tetap satu titik cuma.