wahai Melayu ...


jagalah bahasamu wahai Melayu
jangan kau nodai
dengan kata kesat biar kala kau membenci
biar lembut dalam caci
kerna santun Melayu itu Bahasa
binasa kita mengotorinya
pujangga tinggalan nenek moyang
yang dulu bergurindam seloka
berpuisi pantun pembuka bicara
bila kala merisik si anak dara
juga kala si teruna mengacu kerisnya
sedang maruah Melayu itu bicara
tersimpul adat sopannya
teratur suku dan kata
berfikir sebelum luah
jangan derhaka pada bahasa

Comments

  1. sedikit kecewa bila masa ada suara-suara ingin tegakkan melayu tetapi membunuhnya dalam diam...

    ReplyDelete
  2. tercela bahasa...
    tamak bermaharaja...
    mana melayu...
    bahasa dulu megah...
    kian runtuh aklak...
    kerana ingin menjadi???

    lupakah melayu pada bahasanya...
    lihatlah negara megah...
    bangun dengan bahasanya...
    tapi mengapa melayu...
    hilangkan bahasanya...
    kerana ingin menjadi???

    ReplyDelete
  3. Maaf jika CCZ ingin menambah..Kebanyakan Melayu yang menderhakan pada bahasanya adalah mereka-mereka yang sentiasa menyatakan Seni Itu Indah..Maka karya agung seperti SHIT! itu adalah indah.

    ReplyDelete
  4. bahasa menunjukkan bangsa
    indah bahasa baiklah bangsa

    ReplyDelete
  5. sedangkan masih ada yang derhaka pada rajanya pada zaman ini..... apatah lagi bahasanya?

    seindah kata molek lakunya
    sopan tuturnya elok bicaranya

    ReplyDelete
  6. salam....

    puisi melayu yg best..:)
    tq singgah anaklaut...:)

    ReplyDelete
  7. UMNO = Untuk Makan Nasi Orang

    This is a new generation of lazy malays who evolved from their lazy ancestors. Not surprising la! Wait for the next generation of lazy malays on the future with better parasitic economic policies.

    ReplyDelete
  8. REEK...salam

    tiada kuasa di tangan hamba berbicara politik ...

    hanya cebisan sesal terhadap Melayu-melayu yang kelupaan sopannya saja ...

    ReplyDelete
  9. Reek,
    I beg to differ.
    I hold your statement in full contempt.
    Laziness doesn't breed in blood. It evolves itself from what you read and what you want to believed in. I don't think you understand the poem. Its about language and decency. Not politics.

    Or is it me who doesn't understand Malay... ops.. Malay language. :)

    ReplyDelete
  10. Bahasa mewarnai bangsa tersebut. Kesenian bahasa hendaklah dijaga.

    ReplyDelete
  11. Cantiknya bicara dihiasi adab itu bijaksana
    Cantiknya akhlak dihiasi santun itu keindahan

    ReplyDelete
  12. PPSMI dasar yang direka
    untuk membunuh bahasa secara strategik
    lantas meruntuhkan wajah melayu tradisi
    memangkah kata tuah
    "tak melayu hilang didunia"
    itulah merunsingkan kita
    penguasa yang tidak cinta bahasanya sendiri
    siapa lagi...

    ReplyDelete
  13. sangat indah...
    terima kasih kerana masih menghargai bahasa...
    sesuatu yang kita ada tetapi sudah hampir pupus

    ReplyDelete
  14. aku tidak pandai berbahasa..takut silap nanti..

    ReplyDelete
  15. salam.....


    Bangsa Melayu pernah kuat,
    Buka tanah guna tulang empat kerat,
    Masih sempat berbini empat,
    Tongkat Ali jamu khasiat.

    Bangsa Melayu pernah digentar,
    Ular, harimau ditepuk tampar,
    Kerisnya bisa, silatnya gempar,
    Amuk Melayu, bumi bergegar.

    Orang Melayu pernah gagah,
    Berkaki ayam, hutan diredah,
    Pernah cuba diganyang penjajah,
    Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

    Bangsa Melayu pernah berdaulat,
    Terbilang merata, kesultanannya hebat,
    Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
    Dengan kudrat semua dihambat!!

    Bangsa Melayu bangsa keramat,
    Nabi (saw) pernah beri amanat,
    Buat dakwah, nun di bumi berekat,
    Di akhir masa, ramai wali hebat.

    Bangsa Melayu bangsa hikmat,
    Sejarah Melayu tertera riwayat,
    Nabi (saw) pernah beri alamat,
    Raja Melaka mendapat hidayat.

    Bangsa Melayu tak makan saman,
    Agama dijunjung zaman-berzaman,
    Wali Melayu penuh kehebatan,
    Karamah, barakah, jadi pakaian.

    Bangsa Melayu penuh daulah,
    Halusi sahaja kisah sejarah,
    ‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
    Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

    Tanah Melayu pernah berekat,
    Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
    Alim-ulamak mendapat tempat,
    Bumi bertuah, terbilang sejagat.

    Bumi Melayu pernah berekat,
    Tempat tumpuan ulamak sejagat,
    Madrasah & pondok merata tempat,
    Menjana insan unggul dan hikmat.

    Tanah Melayu intinya hebat,
    Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
    Kesultanan Melayu hampir padat,
    Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

    Bumi Melayu pernah terbilang,
    Sejarah rajanya penuh gemilang,
    Turunan penjajah, entah mana menghilang,
    Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

    Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
    Beribu manuskripnya tersimpan merata,
    Dikaji selidik sarjana sedunia,
    Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

    Bangsa Melayu halus seninya,
    Hayati warisan persuratannya,
    Syair seloka sungguh indahnya,
    Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

    Berkurun Melayu junjung agama,
    Adat dijaga bersama-sama,
    Bangsa Melayu harum namanya,
    Rahmat Allah dimana jua.

    Bangsa Melayu usah alpa,
    Warisan bangsa bukan sehari dua,
    Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
    Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

    Orang Melayu usah goyah,
    Propaganda bohong supaya kita melatah,
    Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
    Strategi musuh menebar fitnah.

    Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
    Namun dicemar Inggeris keparat,
    Propaganda bohong itulah hakikat,
    Namun Melayu termasuk jerat.

    Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
    Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
    Silap Melayu membuang adat,
    Silap rajanya membuang muafakat.

    Bukan baru musibah Melayu,
    Telah bermula sekurun nan lalu,
    Serangan musuhnya bertalu-talu,
    Sehingga bangsa menjadi terkedu.

    Melayu mula ditimpa musibah,
    Pabila Inggeris datang menjajah,
    Adat dibuang, agama disanggah,
    Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’

    Sekian lama Melayu jadi sasaran,
    Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
    Musuh luar dan musuh dalaman,
    [b]Mungkinkah tersirat suatu ramalan[/b]?

    Melayu kini resah gelisah,
    Namun jelas hakikat sejarah,
    Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
    Melayu pencetus kebangkitan ummah?

    Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
    Panji hitam dari timur, bumi karamah,
    Bangsa Melayu usah menyerah,
    Cari kekuatan dari sejarah.

    Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
    Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
    Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
    Umarak ulamak kuncinya terletak!

    Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
    Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
    Jangan perlekeh riwayat firasatnya
    ‘Takkan Melayu hilang didunia’

    anaklaut

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts