PEREMPUAN UNTUK SATU MALAM

gambar hiasan

PEREMPUAN UNTUK SATU MALAM
(I)


mahukan perempuan untuk satu malam?
berapa harga kau letak untuknya?

masuklah ke bilik 143
perempuan itu sedia hangat kopi untuk dua
aroma untuk jaga

perempuan itu mereka kata jenis tiada harga
rasakan saja dan biarkan dia mati
tapi perempuan untuk satu malam ini
tidak kau jumpa di bilik lain
jika kau periksa kocekmu untuk harganya
maka tidak kau jumpa
kepingan kertas berangka dan nilai kad digital
bukan bayaran untuk darjatnya
dia suda lama hina
angka tak mampu belikan dia bahagia

kerana itu,
jika kau tetapkan angka
perempuan itu beri kau percuma
tapi jangan lagi kau cari dia

untuk satu malam saja
jika kau tidak jumpa harganya







Comments

  1. suka pada puisi ini...
    salam...telah membacanya..

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali berblogging... puisi yg baik buat permulaan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts