~sudut Cahaya

Ada yang melihatnya terang menimbulkan rasa tenang

Jalan yang gelap jadi terang

Sayang terlalu terang kesilauan


Ada yang melihatnya terang bertukar suram

Kecil menjadi kecil

kemudian hilang

dan tertinggal dalam kesamaran


Ada yang dalam pencarian tak bertemu

teraba-raba dalam kegelapan

Jalan yang luas tak pernah jelas


Sudut cahaya yang mana

datanglah hadirkan rasa tenang

biar jalan ini jadi senang





Flickr

Comments

  1. mungkinkah perlukan matahari dalam hati

    ReplyDelete
  2. CAHAYA yang membuat jiwamu kenal
    Tidak kabur bukan berbentuk
    tapi bisa dirangkuh kemas
    bakal mewarnakan hidupmu kembali...


    * Yang selalu terbaik itu kamu Lavender W...
    Aku kagum..



    Awan

    ReplyDelete
  3. semoga cahaya terang sentiasa menerangi kehidupan mu Lavender..

    ReplyDelete
  4. terang x semestinya indah..
    suram x semestinya malap
    dengan cahaya malam..
    kau x perlu teraba2
    walau sesempit mana denai yang kau lewati
    cahaya bulan n bintang
    pasti menemani kamu kesana
    bertemu dengan sang pecinta
    lalu melepaskan segala kata2 rindu

    ReplyDelete
  5. Salam lavender
    cahaya adalah ruang
    untuk kau meneliti dirimu sendiri
    cahaya perlambangan kebahagiaan kata pemuisi

    ReplyDelete
  6. bila mata ditutup rapat
    padamlah cahaya
    namun kekadang
    dalam pejam itu
    memancar juga cahaya
    dalam kalbu

    rupanya cahaya itu ada dalam diri
    cuma kekadang gagal manusia mencapainya
    kerana fokus carian selalu terganggu
    oleh cahaya dihujung terowong
    kerana pengalaman mengajarkan
    bahawa cahaya itu ada
    bila sinarnya menyilau pandangan
    maka malaplah cahaya gemerlap di kalbu

    rupanya pencarian itu terlalu sukar
    apabila suram pengalaman selalu membayang
    padahal bayang itu adalah diri sendiri
    yang sukar mencari ruang
    lepas dari bayang bayang mengekang

    seorang pejuang pun rupanya boleh lupa
    perjalanan hidup juga perlu diuruskan
    bebas dari sebarang unsur luaran
    kerana emosi dan perasaan
    adalah sebenarnya unsur dalaman.

    ReplyDelete
  7. Seorang Dato dari zaman mentari masih malu
    mengajak cucunya mengembara dihutan pekat
    di waktu bulan sedang sesat
    dikabus awan yang likat
    berjaya rupanya si cucu itu
    jelas melihat jalan laluannya
    berbantu cahaya sinar berkilauan
    pantulan dedaun gugur kekeringan
    reranting patah dan terlupakan
    lumut dan kulat tak pernah
    dipandang dan dihargakan
    demikian barangkali kehidupan
    mengajarkan syukur dari kesempitan
    mengajarkan kebanggaan dari kebencian
    mengajarkan nekmatnya manis
    bila menghirup kepahitan
    Demikianlah barangkali Tuhan
    menyampaikan pengajaran kepada insan
    melalui cubaan dan digaan malang
    untuk memberikan kesempatan
    membuktikan teguh kuatnya Iman.

    ReplyDelete
  8. cahaya yang benar mengasyikkan
    adalah cahaya Tuhan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts