~~tolong Alya ...

Salam…
Sebelum itu aku aku ingin mohon maaf pada teman-teman yang berutus email denganku lavenderwind@ymail.com namun lewat ini terlambat aku membalas…
Seorang teman Alya(bukan nama sebenar), telah berkongsi ceritanya padaku... akau tahu tidak tinggi harapannya untuk masalah personalnya itu diselesaikan hanya dengan kata-kataku, kerna aku tahu dia sekadar ingin berkogsi rasa meluah, bila ada yang mendengar dia rasa Alya rasa lebih segar…

Aku katakan padanya, sudi kiranya aku ajukan cerita ini di lamanku, buat teman lain alam maya ini, mungkin ada yang sudi berkongsi rasa, nasihat, komen, atau bersama berkongsi cerita….Alya bersetuju.



Email ke-2 (Alya berkongsi cerita)
... pertunangan ini telah berusia setahun, begini jadi pula… alya sudah pastikan kesahihan hubungan Hairi(tunang alya) dengan wanita lain…hairi tak mengaku secara terang tapi hanya buat statement
“sabar, kalau sayang sygkan abg, tunggu abg k. biar abg berfikir”
Keluargnya sudah agak marah dengan tindakannya yang masih menundakan perkahwinan, apatah lagi keluarga alya…dulu segalanya indah, sekarang …
…kenapa alya mcm si bodoh yg mnanti katas putus, perlu tunggu berapa lama lagi, setahun lagi? Kalau keputusannya berpisah setelah sebegini rupa alya berkorban rasa…. Tapi kenapa alya tak mampu berkata-kata depannya, spt mengiyakan saja pilihannya…tapi dalam hati ini, alya tak tahan …


Email ke-3 (alya membalas cebisan komenku)
….sampai saat ni kami masih tak berbincang lagi, alya telah cuba, bermacam alasannya. Alya syg dia, bukan niat hendak cepat memilikinya, tapi dia hak alya, cinta alya, alya tak sanggup kehilangan dia…
…lebih menyedihkan hati, keadaan in telah membuat pertengkaran hairi dan keluarganya, malah ayahnya sediri menyatakan, jika hairi masih berperangai sebegitu, jgn pernah mengaku keluarganya…
…sampai begini sekali kesan keadaan ini, dan alya tak tahu apa yang hairi lakukan ini, dia keluar dgn perempuan itu, berbelana untuknya, ..jika benar itu pilihannya, beri alya kata putus, tapi hairi hanya mengelak alya, dan selalu minta alya bersabar menunggu jawapannya….alya tak faham…



REPLY EMAIL_LAVENDERWIND (cebisan email dari aku)
…. Walau kedengaran terlalu selalu, tapi ini mungkin benar pada sesetengah kita
‘menyintai tak semestinya memiliki’ …memiliki jugak tak semestinya memenangi hatinya… kadang-kadang hati yang terlalu keras rasa cinta ini yang memaksa kita setia menanti tanpa banyak bicara, hati yang tulus ini kita kuatkan agar menjadi pencinta yang setia… mungkin ada silapnya rasa ini, mungkin itu menghadkan fikiran waras kita…
Perlukah dan berbaloikah penantian 2 atau 3 tahun lagi untuk bila hanya menunggu dia akhirnya katakan ‘PUTUS’ … ? jika itu boleh dilakukan hari ini, waktu ini, kenapa perlu abaikan waktu 1 hari lagi, kerna menunggu esok itu menundakan lagi jawapan …
Ini sekadar cebisan kata-kata aku, buka untuk merasukmu mengikuti, tapi aku berharap alya berfikir yang terbaik untuk semua …


Email ke -4/5
… alya ajak dia jumpa semalam, tapi dia tak nak, sibuk kononnya…maka alya nekad , alya SMS


ALYA :
PUTUSKAN PERTUNANGAN INI UNTUK BEBAIKAN SEMUA. ABG TOLONGLAH, UNTUK ABAH ABG DAN UTK FMILY ALYA. ALYA REDHA.


HAIRI :
ABG TAHU ALYA TERSEKSA, JUJUR ABANG MASIH SAYANG ALYA, TAPI ..ABG RAGU, COZ KALAU CINTA ABG HANYA UNTUK ALYA, KENAPA ABANG JATUH CINTA PADA DIA?


… persoalan itu menyentak hati alya...sekali lagi dia membuat alya rasa kata-katanya ada benar


ALYA :
TP ABG GANTUNGKAN RASA LYA, ABG BERI LYA KATA PUTUS, APA MAKNA HUBUNGAN INI LAGI. APA MAKNA LYA TUNGGU ABG LAGI?


HAIRI:
TOLONG LYA, TOLONG TUNGGU ABG. BERI WAKTU. HINGGA ABG BEGITU PASTI. I AM SORRY, I DON’T MEAN 2 DO THIS 2 U, ABG BINGUNG SKRG, ABAH TAK BERTEGUR DGN ABG, ABG TAU IBUABAH LYA PUN MARAH KAT ABG. ABG TAK BUTA, TAK PEKAK UNTUK FAHAM SEMUA NI, TAPI UNTUK KEHILANGAN LYA, ABG TAK MAHU

ALYA :
APA MAKNA LYA ABG, KALAU ABG ADA DIA ? ABG MAHU LYA, TAPI JUMPA LYA PUN TAK, BINCANG TAK, TAPI DENGAN DIA? ABG TAK KESAH SPEND UR TIME WITH HER,MEMAHAMI SGT KE DIA? ..APA KURANG LYA, KALAU ABG TAK BERI KESEMPATAN TU? …LYA NI APA ABG? ABG NAK LYA UNTUK APA?

HAIRI:
SORRY. ABG TAK TAHU LYA … TOLONG BERI ABG WAKTU.


..itu sms terakhir kami, ...



******************************************************************************


Kisah alya aku titipkan dalam ruang cerita ini, sekadar berkongsi ceritanya(dgn kebenaran) …mungkin cerita ini seperti cerita filem cinta yang lapuk, waktu aku edit article ini, buat aku tersenyum sendiri, inilah kehidupan, jangan bohong,tiap satu kita masing-masing mungkin ada cerita drama hidup sendiri juga.. tanpa sedar, cerita kita macam cerita lakon layar…adakah kita yang membuatnya sebegitu rupa? Hingga kita selalu berharap agar happy ending at the end. biar merana mana , akhirnya gembira.
Tapi adakah happy ending cerita alya ini dengan dia memiliki Hairi?
Atau happy ending itu bila alya melepas cintanya?
Atau happy ending itu bila alya memahami dirinya sendiri? …

Untuk alya, aku doa, alya temui jawapan terbaik...


**flickr

Comments

  1. pertama sekali, aq rindu setiap n3 kamu disini, agak 3 bulan menyepi tanpa kata2.

    disebalik cerita ini, aq komen sebagai status seorang lelaki yer.. ok kepada alya, kamu pon telah mengetahui tunangan kamu telah mempunyai orang lain tapi belum memiliki. jika kamu hanya berkata CINTA semata2 kpd dia, kamu mungkin silap. jika kamu kata dia milik kamu, kamu juga silap. kalau kamu rasa setiap perhubungan itu semestinya dengan ikatan perkahwinan kamu silap. kamu masih diberi kesempatan untuk memilih, sedangkan dalam kamu sedang bertunang dia dah pandai menduakan kamu dan mula melupakan serta tiada masa untuk kamu, ini apatah lagi jika perkahwinan itu terjadi. pasti kamu kecewa n menyesal kerana menjadi tunggul x bernyawa, terpaksa kekang nafsu, membutakan mata, memekakkan telinga lantas menjeruk dan memendam rasa. adakah kamu sanggup menjadi boneka bernyawa yang akan ditertawakan kerana kamu memiliki tapi tidak dihargai. percayalah, hukum alam sekarang bukan sekadar CINTA sahaja, kita perlu pandang segala aspek untuk perkahwinan. dia boleh kata esok! tapi esok adalah esok hari, esok adalah hari esoknya esok, sedanglan hari ini juga semalam punya esok. esok xder esok lagi alya.. kamu perlu kuat dan yakin kalau kamu perlukan dia dalam hidup kamu, kamu perlu kuat untuk hadapi segala risiko yang mendatang. katakan pada dia, siapa pilihan sebenar dia. adakah kamu yang dia dah kenal lama atau perempuan yang baru dia jatuh cinta. sebagai lelaki mungkin kamu memiliki kekurangan untuk dia jadikan suri hidupnya. oleh demikian kamu perlu mengkaji dimana silapnya hubungan kamu. pasti kamu dah tahu... berbincanglah.. jangan kamu makan hati. kalau kamu ditinggal.. kamu pasti tahu kamu ada peluang untuk mencari pengganti walau pedih untuk terima kenyataan itu. kalau kamu masih berharap kamu pasti tahu apa itu erti pengorbanan. "sedetik bersama tidak pasti untuk selamanya".

    ReplyDelete
  2. i had been in that situation. such a greedy man. wants everything for himself regardless wht the other half feels. I ended up leaving him. Chilblain struck... felt like dying at first... I return to The Sustainer. My heart and thoughts.. bits by bits .. reconciliated.

    Dear Alya.. mourn you not.
    Just leave him... Blunt but I have to say it.

    Try .. ok, dear. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Lebaran,
    Kisah alya yg kau paparkan adalah diantara kisah cinta yg lumrah dialami oleh setiap insan dimukabumi ini. Bezanya mungkin kondisi dan situasi. Aku simpati dgn apa yg Alya hadapi. Namun ingatlah kekecewaan bukan bererti mati.
    Buat Alya, kau harus tegas dgn membuat keputusan. Sekali melangkah jangan menoleh kebelakang lagi. Rasanya tidak berguna menjadi penunggu yg setia seandainya kesudahannya kau yg akan kecundang. Masa yg berlalu tidak menunggu kita. Satu pergi aku pasti ramai yg menanti.

    Hari Esok akan menghapus semua mimpi buruk, mengusir semua kesedihan dan menggantinya dengan keriangan dan tawa. Sesungguhnya kebahagiaan itu muncul setelah kesusahan.

    Bersikap positif dan optimislah dalam hidup. Jika hari ini kau manghadapi hal yang tidak baik, percayalah bahawa ia akan berakhir dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan.

    ReplyDelete
  4. ~aku harap alya kamu membaca bisikan hati mereka yang lain ini, carilah kebahagiaanmu ...

    ReplyDelete
  5. tabah lar alya...
    namun jika dia milik kamu sudah tentu dia akan jadi milik kamu cuma tak tahu bila...

    ReplyDelete
  6. saya tahu rasa yang itu pasti sakit. membunuh. lya perlu tekad. untuk yang kali ini, lya perlu buat keputusan sendiri. mungkin sudah masanya hairi perlu akur dengan keputusan lya. untuk apa berharap pada orang yang tak mampu membuat keputusan sendiri. apapon keputusan lya, harap untuk kebaikan semua. macam saya selalu cakap, mungkin kadang-kadang kita perlu pentingkan diri sendiri. untuk apa menjaga hati manusia sekelilng sedangkan hati lya sendiri hancur.

    lya, tabahlah. anggap itu takdir Dia untuk lya. dan saya yakin akan ada yang lebih baik untuk lya kelak. amin.

    ReplyDelete
  7. Saya ada persoalan utk Alya fikirkan...

    Kalau dia tinggalkan perempuan tue...Alya mahukan dia. Fikir kembali. Family pun dh marah, dia blom jd apa2 ngan Alya dah bleh wat camnie.. Tak menghargai. Perlukah Alya ambik risiko yg Alya akan diperlakukan camnie lagi lps kahwin. Even worst...ada ank pun masa tue...

    Cinta, cintakah itu kalau dia sggp tengok kita merana? Sye tak nafikan kekasih tak bleh menjanjikan yg kekasihnya takkan dijentik sekelumit kecewa pun tapi sye pst seorg kekasih bleh menjanjikan yg dia akn menyintai kekasihnya sepenuh hati. Maka Hairi....melalui penilaian kita...adakah dia menyintai Alya?

    Alya sendiri....saya rasa sebenarnya rasa cinta itu sendiri kian luput. Yang tinggal skang, yg buat Alya terus tgg adalah kesetiaan. Tak perlu Alya, kerana kita seorang wanita. Cinta yg suci itu bukan utk dibazirkan utk lelaki sebegitu.

    Macam mana kalau dia bukan jodoh Alya? Dah hbs cinta dicurahkan, macam mana dgn jejaka yg bakal hadir? Yg bakal menjadi teman sehidup semati setelah Alya bersungguh2 menyintai Hairi?

    Keserdahanaan, itu perlu dalam segala hal. Berserdahanalah, menyintai juga berserdahana, agar kita tidak tergolong dalam golongan yg rugi.

    Lihat kisah ini dr perspektif yg berbeza...
    Alya dh lama mneyintai dia, tgg dia, dia main kayu tiga, dh bertunang tapi hatinya msh tak teguh, pengorbanan Alya dia sia2kan. Parents dia mrh, parents Alya pun sm. Berbincang tak mahu, memahami pun tak mahu. Setelah apa yg terjadi, masihkah boleh Alya bina hubungan tanpa rasa terkilan diperlakukan begitu.

    Pernah dgr kisah paku yg diketuk pada pokok? Walaupun paku itu dh ditggl, kesannya masih ada. Jadi mampukah Alya membina hubungan yg mahu ke akhir hayat dgn parut di dada? Bukan dada Alya sja, tapi parents Alya juga.

    p/s : Alya,Terlalu byk yg ingin sye katakan... Harapnya Alya berfikir pnjg. Berdoalah, Allah tahu yg terbaik utk kita.

    ReplyDelete
  8. senang cakap putus je tunang tu...blom lawen dah wat perangai...dah kawen nanti ntah2 jd setan kot..dah la alya, walaupun gua tak kenal lu, tapi gua harap lu putus je ngan die..wat pe, nak men kayu tiga, terang-terangan lak tu...putus jek...

    lu akan dapat yg better,.....trust me...setiap yg berlaku terutama yg buruk akan ada hikmah yg seribu kali ganda kebaikannya....ok..



    p/s: kepada penulis blog, tolong hantar komen2 kami semua kepada alya sebagai pemberi kata2 semangat k...thanks

    ReplyDelete
  9. ~~terima kaseh untuk respon pada alya...aku juga tumpang bersimpati padanya...
    aku yakin dia membaca respon semua, juga telah aku forward all the comment to her inbox...

    cinta itu indah, kenapa perlu terseksa ...

    ReplyDelete
  10. salam kepada lanender wind & lya;
    saya setuju dengn pandangan semua kawan-kawan bloggers di sini.Terutama tersentuh dengan kata-kata Tunjuk Bintang.Saya dulu pernah alami situasi seperti Lya,dilema di persimpangan namun bukan sebab kehadiran cinta ketiga,hanya kerana kata-kata manusia bak sembilu,pertunangan terlerai.

    Lya;benar cinta itu indah mengapa perlu kita merana keranaya?setiap yang berlaku mesku pahit,ada hikmah kebaikan 1001 yang kita tak nampak sekarang tapi mungkin berbulan atau bertahun kemudian..niar menangis hari ini jangan merana hari esok

    ReplyDelete
  11. Salam: Hamba baru tiba kepelabuhan ini. Jadi maaflah kalau kelewatan sampuk bicara ini.

    Yang nak cuba hamba gambarkan ialah bagaimana nasib Alia kalaulah bingung fikiran kalut rasa keliru timbangan dan rembang pandangan si Khairi itu terjadi besok. Selepas sudah beranak 2 dsb.

    Dilihat dari sudut itu barangkali Alia sepatutnya bersyukur kerana tidak sampai terlangsung lebih jauh. Esok baginya masih serupa hari semalam. Yang berlain itu cuma hati dan perasaan yang sesungguhnya bisa diuruskan ubatnya dari dalam diri sendiri. Rela dan redha yang ikhlas adalah satu penawar yang mujarab jika pandai memainkan proses yang berkesan.

    Satu lagi catatan yang ingin hamba kongsikan ialah mengenai pengalaman. Pengalaman dilalui adalah satu asset bernilai kerana kita mendapat pengajaran paling berkesan darinya.

    Selanjutnya selalulah hamba membawa cerita mengenai 3 tokoh dari 3 tamaddun terbesar dunia yang hidup 3 zaman berlainan pernah memberikan nasihat serupa: "Orang yang bijak belajar dari pengalamannya. Orang yang lebih bijak belajar dari pengalaman orang lain."

    Nah diatas ini sahaja terdapat berbagai pengalaman terbentang. Belajarlah darinya.

    Semuga Alia dan semua kita menjadi orang yang lebih bijak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts