Surat beralamat Tiada



Ku tulis tulisan bersulam rindu
Aku titipkan dalam hembusan bayu
Surat beralamat tiada
Terbang mencari tuan empunya
Sedang aku tahu
pada siapa surat ini kutuju
untuk dia kawan tersayang
Apa kabar kau di sana?
Pada aku di sini baik-baik saja
Pernahkah kau bertanya?
Bersama tulisan ini
aku menyampai pesan
Aku akan kembali
Pastikan kau menungguku masih
Aku akan pulang
Apakah masih kau beri aku peluang?
mengintai ruang
yang dulu aku duduki
bersama kau membina mimpi


**flickr

Comments

  1. Jika ini bahasamu, maka ku kira kau pria..kerana hanya pria yang akan mengatakan bahawa kau akan pulang..

    Jika aku tersalah, kau sepertiku..akan ku sambung..dia tidak akan menunggumu kerana dia berbeza dari kita..

    ReplyDelete
  2. CCZ sanggul melayu,

    aku hanya manusia biasa, menanti hadir untuk diterima, mengintai ruang dan peluang...biar kalaupun tidak selamanya mengisi sisi sudut hidup seseorang, paling tidak sedarlah wujudnya satu hati yang tulus rasa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts