Kisah sepohon Pokok berbuah Cinta


Di suatu sudut dunia ini
Ada sepohon pokok
dulunya rimbun
lebat daunnya
segar menghijau
menjalani kitar masa
sudah agak tinggi juga
tapi masih berbuah tiada
berbunga juga tidak
Semakin lagi lewat usianya
daun-daun pokok
…sudah jarang-jarang
Ranting kian rapuh
Saat angin meniup
tiada rimbun melambai
Hanya daun-daun
…berguguran jatuh

Suatu hari itu
ia berbunga satu
Merah jambu.
Selang waktu
membentuk sebiji buah
berbentuk Cinta
Merah warnanya.
Namun…
belum sempat ranum
angin lalu kencang
hujan mula turun
ranting buah patah
jatuh terhempas
ke muka tanah

Di bawah pokok lewat usia
buah berbentuk cinta
lantas bertukar warna
menjadi buruk dan busuk
dalam timbunan
…luruh daun-daun kering


**Flickr

Comments

  1. bersikap optimis..setiap yang patah akan tumbuh berganti..buah yang buruk boleh bertunaskan akar hijau yang kecil..keajaiban berlaku tanpa disuruh dan difikir manusia..hanya Allah yang berkuasa..

    ReplyDelete
  2. aq rase seperti pokok itu~~

    ReplyDelete
  3. ccz sanggul melayu,
    aku juga harap buah yang jatuh itu menyimpan benih untuk tumbuh...mungkin setelah itu, pokok yang baru akan lebih berbuah, ranum, agar terasa rasa enaknya..kala ini, masih menanti keajaiban itu...

    ReplyDelete
  4. chentaMaya

    aku juga...tapi tak apa, mungkin lewat nanti benih baru tumbuh lagi ...

    ReplyDelete
  5. buah belum ranum...
    makanya masih mentah...
    tunggulah yang ada masih elok menanti untuk masak...
    kelak walaupun gugur dikutip orang...
    (:

    ReplyDelete
  6. kita ni,sebenarnya kena byk blajar bersabar..

    ReplyDelete
  7. Hatiku jd pilu membaca puisi sdr.

    ReplyDelete
  8. hmmm...

    sabar mungkin nikmat!

    ReplyDelete
  9. Salam Lavender Wind,

    "sungguh tragis sekali !".

    ReplyDelete
  10. rocko,
    salam jemput bertandang ke laman ini

    ReplyDelete
  11. penabahari,
    janganlah merebah pilu..hanya tulisan kosong, mungkin bermakna pada diri tapi tak usahlah kamu bergulana rasa ...
    apapun terlintas padamu tatkala membaca, aku doakan semoga kamu tabah..

    ReplyDelete
  12. kakve-santi

    sabar mungkin nikmat...hanya satu penantian yang panjang

    ReplyDelete
  13. Zulkifli M
    tragis? : ) mungkin ...mungkin lebih dari itu...

    ReplyDelete
  14. salam lavender,

    bukan sajak saja tragis, bahkan lagu di dalam blog ini pun.

    :)

    Harap kehidupan pemilik blog ini tidak terlalu tragis dan sedih. Kerana kebahagiaan sebenar itu adalah 'dekat'.

    ReplyDelete
  15. Anak Bumi,

    terima kaseh ...

    seperti lagu ~suratan atau Kebetulan
    'kita asyik membicarakan
    persoalan hidup dan pilihan
    .......masih tiada bertemu jawapan ...'

    semoga akhirnya bahagia itu milik kita semua

    ReplyDelete
  16. walaupun buruk akhirnya...
    itu tetap satu perjalanan...
    bahagia atau derita...
    milikNya juga bahagia...
    derita juga milik aku...
    selamanya...
    kerana Dia aku derita...
    membuahkan hasil...
    bukan untuk diriku...

    ReplyDelete
  17. Pokok yg tidak dibaja
    hidupnya mengerekek
    dan kerepot
    tidak mampu mengeluarkan
    buah yg ranum
    akarnya pula
    tidak terhunjam
    jauh kebumi
    dipukul ribut
    mungkin tumbang
    dahan patah
    buahnya gugur bertaburan
    tidak sempat masak
    dan dinikmati
    oleh orang lain
    hidupnya benar tidak bererti
    terkulai layu
    tidak memberi
    apa-apa makna


    salam singgah kesini :)

    ReplyDelete
  18. cinta
    yang tak kesampaian
    pohonnya
    pasti kekal hidup
    rantingnya
    mengapai langit
    akarnya pasti menjalar
    daun kan tumbuh
    luruh dan melayah
    bunganya pasti
    menguntum
    dan berbuah
    benih membesar
    meranum
    gugur
    membusuk

    mungkin
    menjadi racun
    mungkin juga
    menjadi baja
    kepada satu dua lagi
    pohon
    cinta.

    ReplyDelete
  19. cinta itu pasti ada...
    jadikan ia seperti hanya satu...
    walau pasti ada yang lain...
    angkat ketempat yang suci dan tinggi...
    :)

    ReplyDelete
  20. walau diterangkan...
    disuluh pelbagai cahaya...
    adakah akan mengerti...
    jika berdiam...
    memendam rasa...

    pohon berbuah adakah kerana baja...
    mekarnya bunga adakah kerana kumbang...
    itu adalah perumpamaan...
    bagaikan susu dan air...
    apabila disatukan bagaimana dipisahkan...

    jawapan itu sentiasa ada...
    tetapi dimana...
    jika tidak menyelami...
    apa itu soalan...
    jawapan tidak terkeluar...
    apabila soalan menerjah...
    bukan mudah...
    jawapan itu singgah...
    kerana jawapan itu...
    ada pada Wujud...
    itu soalan itu jawapan...
    siapa akan mengerti...
    jika masih duduk membisu...
    hanya memendamkan rasa...
    yang tidak pasti akhirnya...
    belayarlah...
    kau akan tahu jawapannya...
    suratan atau kebetulan...
    semua terjadi...

    ReplyDelete
  21. tempat ini terlalu basah untuk ditambah lagi dengan airmata...

    semoga mendapatkan pengharapan yang cukup untuk mambuatmu bahagia
    susuri lagi perjalanan
    dan tenang-tenangkanlah kali ini
    biarkan tuhan yang memulihkanmu...


    salam Ramadhan
    A W A N

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts