episod yang Hilang


berhabuk sudah

pita episod yang hilang

dulu naskah teragung

kini bergulung tersimpan

berkisahkan topeng

persalinan watak

diundang rasa nikmat

di atas tandu

beradu

titipkan rasa puas

hatta tiba di persimpangan

hangat terasa kaki

akhirnya memijak bumi

biar bertatih

kelak belajar berjalan

kemudian berlari

namun kadang masih menoleh lagi

memanggil kenang-kenangan

episod yang telah hilang


*pic from Flickr

Comments

  1. salam lavender
    boleh kau kabarkan
    apakah episod yang hilang itu
    bisakah dicari kembali
    dituntun bersama mungkin...

    ReplyDelete
  2. faziz,

    mungkin aku yang sengaja hilangkan episod itu
    maka aku tak mahu mencarinya kembali
    telah aku kembali memijak bumi
    biarlah kini aku bertatih di tapak yang hangat ini

    ReplyDelete
  3. bertatih~
    berjalan~
    kemudian berlari!~

    ReplyDelete
  4. hai,

    buat masa selarang, sofian bujang tidak ada blog. apa-apa pertanyaan bolehlah diajukan kepada kami.

    Sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  5. hai,

    buat masa sekarang, sofian bujang tidak mempunyai blog. sekiranya anda ingin mengetahui info berkaitan dengan sofian, bolehlah mengajukan pertanyaan kepada kami.

    email: bahtera_acara@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Salam Lavender Wind,

    "kenangnan adalah sebahagian kehidupan ..."

    ReplyDelete
  7. berlari terus
    usah kerap menoleh
    pita yang tinggal itu
    biarkan
    pita yang hilang itu
    biarkan
    pita itu usah dicari
    biarkan
    takut pita itu bisa bermain semula
    melegar mimpi yang telah lama padam

    ReplyDelete
  8. walaupun hilang, tapi ia pernah wujud.

    ReplyDelete
  9. Selamat bersulang puisi.

    ReplyDelete
  10. episod yang hilang itu sama ada sedar atau tidak adalah punca kepada siapa kita pada hari ini... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts