Kisah si Burung...

Kisah si Burung


Aku si burung
yang ingin terbang lewati waktu
Menikmati tiap hembusan angin yg menerpa di mukaku
Merasakan saat itu
hingga tiada niat untuk berhenti
Tidak tahu di mana kaki ini berpijak
Untuk berhenti…

Di mana sayap ini mahu bawa aku pergi?
Satu soalan tak terjawab
Satu jawaban tak terlihat
Satu penantian menyesakan
Bagi satu pengakhiran

Tiada yang rasa pedihku
saat terbang dalam ramai
aku masih rasa sediri
luasnya dunia dilihat dengan sempitnya hati

Terbang aku…
seperti mahuku
di setiap ruang inginku
di iring merdunya siulan
lagu bohong ciptaanku
kebebasan terbang ini tiada erti
kalau yang ingin bebas ini sebenarnya ialah hati

mencari ruang yang memberi tenang
terabai indahnya dunia
oleh hati yang sering tidak mengerti
…apa mahunya?
Apa yang di cari oleh sayap yang tidak mahu berhenti?

Mungkin telah lama aku cipta ruang di hati
Memandu sayapku untuk tidak berhenti
Dan membataskan pencarian mahuku

Mungkin aku si burung
…yang mencipta ruang untuk mati…




pic from flickr.com

Comments

  1. setinggi-tinggi burung terbang...
    dahan juga menjadi persinggahan...
    itulah ibaratnya sang musafir...
    terus meneroka dunia mencari pengalaman...
    selagi nyawa itu masih terkurnia...

    ReplyDelete
  2. kenapa harus dipaksa sayapmu bekerja tanpa arah tujuan.mungkin kau patut berehat sebentar di dahan.berteleku dan tafsirkan kelebihanmu.tiada putus asa di hadapamu kecuali terbang kembali ke arah yang lebih membuatmu bersyukur.aku hanya mentafsir di atas tinta yang diukir.sanggulmelayu

    ReplyDelete
  3. Nukilan yang bagus..setiap insan ada impian tersendiri dalam hidup...kenali diri sedalam-dalamnya dan bersedia untuk mencipta kejayaan yang luar biasa...sekadar memberi pendapat...

    salam perkenalan dari mrberett : http://mrberett.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. sang riang...
    betul tu...tapi kadang2 luasnya dunia nie, dilihat dgn sempitnya hati..keliru..

    ReplyDelete
  5. sanggul melayu
    mungkin...mungkin

    ReplyDelete
  6. mrberett
    salam kenal juga...

    terima kasih komennya...nyata kamu seperti faham maksud d sebalik kata itu...

    ReplyDelete
  7. puisi yang indah..
    seindah namamu..
    bukan..
    mungkin seharum lavendar..

    ReplyDelete
  8. red shoes..
    terima kaseh ... ; )

    ReplyDelete
  9. biarkan burung itu terbang sebebasnya..

    jika ia milikmu, ia akan dtg jua padamu..

    ReplyDelete
  10. basuh baju
    setuju ...sesuatu yg tertakdir utk kita, milik kita

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts