KISAH SI BURUNG

Kisah si burung

Aku si burung
Yang ingin terbang lewati waktu
Menikmati tiap hembusan angin yg menerpa di mukaku
Merasakan saat itu hingga tiada niat untuk berhenti
Tidak tahu di mana kaki ini berpijak
Untuk berhenti…

Di mana sayap ini mahu bawa aku pergi?
Satu soalan tak terjawab
Satu jawaban tak terlihat
Satu penantian menyesakan
Bagi satu pengakhiran

Tiada yang rasa pedihku
saat terbang dalam ramai aku masih rasa sediri
luasnya dunia dilihat dengan sempitnya hati

terbang aku… seperti mahuku
di setiap ruang inginku
di iring merdunya siulan
lagu bohong ciptaanku
kebebasan terbang ini tiada erti
kalau yang ingin bebas ini sebenarnya ialah hati

mencari ruang yang memberi tenang
terabai indahnya dunia
oleh hati yang sering tidak mengerti
…apa mahunya?
Apa yang di cari oleh sayap yang tidak mahu berhenti?

Mungkin telah lama aku cipta ruang di hati
Memandu sayapku untuk tidak berhenti
Dan membataskan pencarian mahuku

Mungkin aku si burung…
yang mencipta ruang untuk mati…

Comments

Popular Posts