ALLAH



ALLAH


Nama Suci yang menjadi rebutan mendapatkan Tuhan

Milik siapa?

ALLAH milik hamba-hambaNya yang percaya dengan sepenuh hati

Tiada Tuhan Melainkan ALLAH

Muhammad Itu Pesuruh ALLAH

Sebutlah dengan tulus tertinggi rasa

Yakinlah dengan sepenuh tinggi percaya

TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH

MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH


Maka jika kau percaya

Lalu turutilah rukunNya


Teman manusia sepertiku

Tanyalah dulu imanmu

Kerna aku merasa lucu

bila kau bukan mencari ilmu dalam jawapan

bila kau persoalkan dengan tingkah songsang

soalan yang kau sendiri abaikan

Siapa Tuhanmu?

Apakah agamamu?

Siapakah rasulmu?

Apakah kitabmu?

Di manakah kiblatmu?

Siapakah saudaramu?


Teman manusia alpa sepertiku

kau menuntut hakmu

dalam pencarian Tuhan

ingin kiranya aku bertanya

apakah telah kau menjumpainya

dalam takwa dan keimanan

sebelum kau lontarkan

kata-kata tidak berilmu

sehingga aku merasa malu

bersaudara denganmu


Kau mahu di lihat di depan

pamerkan sufi bersuara lantang

hujani mereka yang kau panggil setan

berbekal kata kutuk maki

dengan batu dan api kau lontari

menconteng arang untuk menang

malah kau seru nama suci Tuhan

bersama perbuatan yang tidak tertulis

pada isi Kitab yang kau perjuangkan


Wahai ya sahabat, saudara, sepertiku...

jangan kotori Nama suci Itu

Jangan berebut namaNya

Sayang rebutlah dulu kasihNya


Apakah benar kau mencari Tuhan?

Jawablah dulu soalan

yang kau belum temui jawapan





(**pic from photobucket)

al-Quran mukjizat Allah

naskah Agung , jawapan bagi pencarian




Comments

  1. salam LW..

    Seperti bayumu yang sering menghembus lembut membuatku terlena sesekali kemudian menghilang..
    Aku selalu mencarimu dihujung ranting masa, kau tidak pernah muncul lagi.

    Aku memanggil mereka-mereka ini "Malaikat manusia". Cita-cita hanya mengampu tuhan,
    padahal urusan pahala dan dosa, syurga dan neraka itu sendiri merekalah yang sering terkeliru. Menunding telunjuk kepada yg mereka fikir pincang?
    mentang-mentang punya sayap, padahal bukan syarat terpilih mengisi Jannah.


    Tolong senyum padaku LW..

    * Awan

    ReplyDelete
  2. salam levender
    satu pertanyaan yang harus dijawab oleh mereka yang bertindak membuta tuli
    puisi kritik sosial yang tajam dan sangat berkesan
    dan tepat pada masa...
    untuk dinikmati oleh mereka...

    ReplyDelete
  3. awan, waktu selalu buat aku terbang
    mencari sesuatu dlam hidup
    hinga kadang waktu aku berlalu hilang
    hingga buat jejak yang di tingalkan...

    pasti aku senyum padamu : )

    ReplyDelete
  4. faziz ...

    mungkin mereka fikir dgn lakonan sufi
    boleh buat mereka berjuang syahid
    padahal nama Suci di guna pada batas yang melebihi tarafnya
    hanya hamba Dia semata-mata

    ReplyDelete
  5. bintang
    apa yang kamu takut?

    ReplyDelete
  6. kerna mereka kekal
    dibalik tempurung itu
    bernaung atas nama Tuhan
    kononnya
    setia
    kononnya
    memegang panji agama
    kononnya
    menegak tiang itu
    sedang mereka lupa
    tiang itu roboh juga kerna mereka

    allahuakhbar
    Allah masa besar
    jauhilah kita sekalian
    dari golongan sedemikian..

    ReplyDelete
  7. JIka ingin menggunakan Allah, maka syaratkan mereka menuruti seperti yang diwahyukan Allah pada Nabi Muhammad SAW iaitu Surah Al-Ikhlas..

    ReplyDelete
  8. Syahadah... Tiada tuhan Allah SWT dan Nabi Muhammad Rasullulah.

    Bukan sewenangnya, nama itu disebutguna.

    Ia bukan hanya nama, bagi mereka yang dangkal ketauhidannya dan bicara cacamarba.

    ReplyDelete
  9. terima kasih memberi kesedaran pada aku yg selalu sibuk dalam hal keduniaan, aku perlu mencari semula diri aku pada pesanan ini.

    sangat bermakna :)

    ReplyDelete
  10. terlalu banyak bukti yang telah diperlihatkan...
    buka saja youtube sudah mampu membuatkan hati terasa terlalu takut untuk menjalani penghujung hari :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts