hukuman Tuhan ...

Benarkah jika Hukuman Tuhan ditempiaskan sedikit di dunia ini bermakna dosa itu sedikit diringankan?

Beberapa bulan kebelakangan ini aku memerhatikan sesuatu yang membuka hatiku, sedikit lebih memahami dunia, tetapi semakin aku dihujani soalan-soalan tak terjawab.
Seorang teman dekat aku diberikan ujian dari Tuhan, yang aku rasakan berat untuk aku pandang, maka lebih berat diri yang memikul.

Teman aku itu, R, tiba-tiba diserangi satu penyakit sejak beberapa bulan yang lepas. Penyakit yang ganjil. R telah turun naik hospital, klinik, pakar, serta telah berjumpa banyak doctor untuk masalah penyakitnya, sudah banyak beribu wang ringgit digunakan dalam proses mengubati ini, namun sehingga kini penyakit itu belum sembuh lagi, malah kelihatan lebih teruk.

R dulu seorang yang agak biasa seperi orang lain, namun kini dia semakin menyisih dari dunia kerana penyakitnya. R menjadi seorang yang terlalu menyendiri. Dia bersembunyi di biliknya, bergelap, menangis di hujung malam di sudut biliknya. Menutup mukanya dengan bantal, menangis agar tak didengari. tapi kesakitan itu dirasa oleh orang-orang yang dekat dengannya, keluarga dan aku. Tapi tak sedikitpun dikongsinya perasaan itu. Oleh itu dia bersendiri. Termenung dengan nasibnya. Teman-teman yang lain semua tak pernah mengetahui sakitnya itu.

Kelurganya membawa dia pergi berubat cara kampung, berjumpa ustaz-ustaz yang pandai mengubat, malah berjumpa bomoh walaupun R tidak bersetuju cara itu, tapi keluarganya sudah puts akal. Menurut cara alternatif ini, penyakit R ilah buatn orang yang tidak senang dengannya. Membuat aku terfikir, apakah benar perkara ini boleh terjadi? Adakah itu buatan orang yang dengki?

Aku dekati teman yang aku sayangi ini, kata padanya,

Aku “ R percaya kah semua ini sebab buatan orang yang dengki?”

Jawapan R menyentuh hati aku,

R “Ini hukuman Tuhan, atas dosa-dosaku.”

Dia masih menangis di malam-malam harinya.


Aku doa dengan sepenuh hatiku, jika ini balasan Tuhan, aku mohon ampunkan dosa-dosa itu, kurangkan derita itu...

Comments

  1. salam.. lama kamu menyepi. sedang aq terus menanti tanpa jemu.

    LW:
    aq bersimpati dengan nasib teman mu itu, banyakkan berdoa kepada tuhan. iyalah.. mungkin itu datang dari dosa2 kita yang lepas. sesungguhnya dalam kita berteman dan berinteraksi dengan masyarakat lain, mungkin ada manusia lain yang x senang dengan apa yang kita lakukan. itulah hendaknya kita menjaga tingkah laku dan budi pekerti. sama2 kita renungkan kembali kepada siapa dia sakiti, bermaafanlah padanya.

    peristiwa seumpama ini pernah berlaku kepada abang aq sendiri. sedikit sebanyak aq juga merasa tempiasnya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik atas usaha dan doa serta tawakal kepada Allah. usah menangis dan bersendirian, lebih elok berteleku tunduk pada Tuhan, kesal dengan apa yang terjadi dengan dosa silam. sesungguhnya Allah maha pengampun dan membantu dalam kesusahan hamba2nya. Mintalah padanya petunjuk dan sembuhkan penyakit yang menimpanya.

    ReplyDelete
  2. terima kaseh Bintang...

    aku sibuk sedikit lewat ini...jarang sangat punya waktu untuk menulis...terima kasih setia menjenguk blog yang makin sepi ini ...

    untuk temanku R, aku juga harap derita itu berkurang dan semoga cepat sembuh...Doa dari yang Esa..semoga selepas ini, segalanya baik-baik saja...
    kita hanya yang memandang, yang mengalami lebih perih lagi, rasa seperti seluruh hidupnya telah mati ... dia berselindung di balik semua itu dengan tangisannya sendiri...
    kadang seperti berputus harap...
    tapi aku tahu dia tabah ...

    ReplyDelete
  3. Kalau di pentas mereka selalu guna penapis cahaya surprise lavender untuk kulit nampak gebu. Maka datanglah Lavender dengan kejutan2 yang merangsang keriangan kepada kawan itu di saat2 dia memerlukan. Katakan padanya beban itu jangan ditanggung sendirian. Kongsikan dengan yang dipercayai. Semuga beban itu pandai mencari susutan kurangannya. Inshaallah.

    ReplyDelete
  4. Salam lavender..sesuatu yang menjadi persoalan mu ini bukan pelik untukku. Sejujurnya aku hampir-hampir menjadi seperti rakanmu ini tetapi kategorinya adalah lebih membimbangkan. Tarik dia keluar dari bilik itu. Minta dia yakin pada Allah Taa'la. Allah bukan zalim. Allah menguji individu mengikut kemampuan individu. Bermakna sehingga ke hari ini, rakan lavender kuat cumanya hilang keyakinan diri. Penawarnya ialah Allah jua.

    Begini. Bawa rakan ini berubat dengan guru agama dan bomoh yang pandai mengurangkan gangguan jiwa. Kemudian minta dia membacakan Al-fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas, Ayat Kursi sebanyak 7 kali selepas solat. Solat jangan tinggal. Istighfar banyak-banyak. InsyaAllah kemurungan akan hilang. Tetapi ianya amat sukar untuk dimuali, diteruskan kerana lagi hebat dugaan itu ketika perubatan ini. Namun yakinlah..

    Balasan kepada dosa? Memang benar. Tetapi Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Berdoalah pada Allah. Jangan putus asa.

    ReplyDelete
  5. che Leh ...terima kasih...
    ini saat kita berkongsi derita, kerna kita tak tahu bila masa kita diUjiNya ....

    ReplyDelete
  6. CCz ...terima kasih
    maka aku sangat hargai itu ..akan diusahakan ...
    semoga Allah memberkati temanku, semoga diberikan semula kesihatan..
    jika ini balasan dosa...aku doa, agar diampunkan...

    ReplyDelete
  7. Salam Lavender..sampaikan juga buat temanmu..
    Aku telah beberapa kali kesini..tapi terlalu payah untukku bersuara.. tentang penderitaannya ..tentang dosa..tentang hukuman tuhan..
    tapi saat ini..aku kesini sekali lagi..hanya untuk bersamu berdoa untuknya...

    Ampunkanlah tuhan..sembuhkanlah dia..dengan RAHMATMu..

    Amin...

    ReplyDelete
  8. camner keadaan kawan LW sekarang. semoga dia kembali ceria..

    ReplyDelete
  9. awan terima kasih ...

    aku seperti hilang akal bagaimana lagi mahu kembalikan dirinya yang dulu ...~~ kesedihan telah bawa jauh hatinya ..

    ReplyDelete
  10. T.Bintang ....

    aku juga harap begitu ...tapi aku sendiri tak pasti ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts